Salam

Tuesday, November 24, 2009

Orang yang Kuat.


Orang yang kuat ialah orang yang menahan marahnya apabila ia marah.
Orang yang lemah ialah orang yang membuat kesilapan yang sama berulang-ulang kali.
Orang yang pandai ialah orang yang belajar dari pengalaman orang lain.

Al-Maeda - 72

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. (72)

سُوۡرَةُ المَائدة
لَقَدۡ ڪَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ مَرۡيَمَ‌ۖ وَقَالَ ٱلۡمَسِيحُ يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ رَبِّى وَرَبَّڪُمۡ‌ۖ إِنَّهُ ۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَٮٰهُ ٱلنَّارُ‌ۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ۬ (٧٢

Mencuci hati.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Masjidil Aqsa




Masjid kedua tertua dan ketiga tersuci di dunia adalah Masjidil Aqsa (Masjid Al-Aqsa). Masjid itu dibangunkan di atas lokasi Kenisah Sulaiman atau Haykal Sulaiman dan termasuk di antara tiga masjid yang perlu dikunjungi oleh kaum Muslim sesuai dengan anjuran Nabi Muhammad s.a.w. Keutamaan Masjidil Aqsa ini didasarkan daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu merasa berat untuk mengadakan perjalanan ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidku ( Masjid Nabawi ) dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama dari 100,000 kali di tempat lain kecuali di Masjidil Aqsa.” ( Riwayat ad-Darimi, an- Nasa’i, dan Ahmad)

Masjidil Aqsa disebut di dalam al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj (Q.17:1). Nabi s.a.w. melakukan Israk (perjalanan malam hari) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum bermikraj ke Sidratulmuntaha, sebagaimana dalam firman-Nya: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami…” (Q.17:1).

Kalangan ulama berbeza pendapat mengenai istilah “aqsa”. Sebahagian berpendapat bahawa masjid ini disebut Aqsa (Jauh) kerana memang jauh dari Masjidil Haram di Mekah. Menurut pendapat lain, masjid ini disebut Aqsa kerana ia merupakan tempat yang bebas daripada segala jenis kotoran, tempat turunnya malaikat serta wahyu, dan kiblat para nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Pendapat lain lagi mengatakan bahawa Masjidil Aqsa bukan di Baitulmaqdis tetapi di Sidratulmuntaha. Alasan ini didasarkan pada fakta bahawa Haykal Sulaiman sudah dihancurkan pada tahun 70 SM oleh Kaisar Titus dari Rom.

Masjidil Aqsa berada dalam sebuah kompleks di kota Baitulmaqdis (rumah, tempat suci atau yang disucikan). Baitulmaqdis adalah sebutan bagi Jerusalem yang juga disebut al-Quds. Masjidil Aqsa didirikan di atas tanah bekas Haykal Sulaiman. Di dalam kompleks itu, Masjidil Aqsa terletak di selatan Kubah as-Sakhrah yang juga dikenali dengan nama Masjid Umar atau The Dome of the Rock. Masjid itu didirikan seperti di atas sakhrah (batu hitam yang menjadi landasan mikraj Nabi s.a.w) oleh Abdul Malik bin Marwan pada tahun 72 H/691 M.

Nabi Sulaiman a.s membangun tempat ibadah Yahudi (kenisah) di Jerusalem yang disebut Haykal Sulaiman. Bangunan yang terletak di Haram asy-Syarif itu lalu dihancurkan oleh Kaisar Titus pada tahun 70 SM. Khalifah Umar membina sebuah masjid (Masjidil Aqsa) di bekas lokasi Haykal Sulaiman itu. Kubah masjid itu berwarna perak. Masjidil Aqsa telah diperbaiki beberapa kali, namun bentuknya tetap tidak berubah.

Ketika menerima penyerahan Jerusalem (dahulu bernama Aelia) daripada penguasa Nasrani, Umar al-Khattab mendapati tompokan sampah di atas sakhrah. Beliau dan kaum Muslim membersihkan tempat itu. Lalu beliau berkata kepada Ka’b bin Ahbar (seorang Yahudi yang memeluk Islam), ”Menurut pendapat kamumu, di mana saya dapat mendirikan sembahyang untuk kaum Muslim?” Dia (Ka’b) menjawab, ”Dirikanlah di belakang(sebelah utara) sakhrah.” Umar pun membalas, ”Hai kau anak perempuan Yahudi, kau masih terpengaruh dengan kefahaman Yahudi! Sebaliknya, saya akan mendirikan masjid tempat di pusat lokasi Haykal Sulaiman kerana kami menguasai seluruh pusat kenisah itu.” Lalu, sebuah Masjid dibina di sebelah selatan sakhrah seperti yang dapat disaksikan sekarang ini. Masjid itulah yang dinamakan Masjidil Aqsa.

Saturday, November 21, 2009

The al-Aqsa Mosque

The Malaysian media is totally dependent on the so-called wire services (Reuters, AP, AFP, etc) for foreign news. As a result there has been no report on the Israeli desecration of the al-Aqsa mosque and the beating up of Palestinian Muslims who wanted to pray there.



I don't think the Malaysian media is deliberately blacking out news which are not in favour of Israel but if they depend solely on the wire services they would always be unfair to the victims of Israeli brutalities.


We read very little about the blockade of Gaza and the sufferings of the people there.

What Israel is doing is illegal, but such is the control that Israel exercises on the international media that it can actually openly commit genocide and nothing would happen to it.



These are the people whom we had sympathised with because the Nazis of Germany tried to wipe out. Now they are the ones doing the very thing they, or their forebears had suffered from in the past.


Source from http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/11/sound-bites-8.html#more

Monday, November 16, 2009

YouTube Help Center

Simpan Video dari YouTube ke hdisk.

Cara Pertama
1) Buka C:\Documents and Settings\UserName \Local Settings\Temporary Internet Files\

Nota: kalau folder tersebut tidak kelihatan, file sedang hidden. Unhiddekan balik:
Buka Explorer -> Tools -> Folder Option -> View -> pilih "Show hidden files or folder".

2) Cari temporary file hasil streaming. Walaupun nama file menggunakan code2
yang mengong, kita biasa lihat dari:
- extension file: .flv (tetapi tak semua hasil streaming ada extension .flv
- ukurannya (biasanya gede, 5-15 MB)
- link dari mana file tersebut didapati (mengandungi nama YOUTUBE)
3) Copy/Salin file tersebut ke folder lain.
4) Untuk file2 yang belum ada extension, rename dan tambah extension ".flv".
5) Buka file tersebut dgn free flv player, misalnya RivaFLVplayer
(http://www.rivavx.com/index.php?downloads&L=3)
6) File flv juga boleh diconvert ke mpeg, avi; misalnya dgn RivaFLVencoder
(http://www.rivavx.com/index.php?downloads&L=3)



Cara Kedua
1. Buka http://www.keepvid.com
2. Copy paste link video (youtube) ke dalam kotak url (yg ada di web KeepVid)
3. Klik butang DOWNLOAD
4. Tunggu beberapa minit (biasanya kurang dari 2 minit).
5. Di dalam kotak (headline hijau 'DOWNLOAD LINKS), terdapat dua pilihan:
a. video.flv - Low Quality 320x240
b. video.mp4 - High Quality 480x360

## Kemudian klik KANAN (pada salah1 link tersebut)
dan kemudian pilih SAVE TARGET AS (or SAVE LINK AS)

5. Tunggu beberapa saat (biasanya belasan minit (or 1-2 jam)) bergantung pada besar sesuatu file hingga proses download selesai.
6. Hasil download berbentuk format = file .flv or .mp4

Untuk membuka/memainkan file .flv, hanya boleh dimainkan oleh software tertentu, anda boleh d/load di: klmcodec (http://codecpackguide.com/klmcodec.htm), VLC ( http://www.videolan.org/ ), FLV player (http://www.applian.com/flvplayer/download_flv_player.php ), Media Player Classic atau Winamp terbaru yg support FLV atau player lain yang kompatibel.


Cara Ketiga: Menggunakan Mozilla Firefox + IDM

1. Pakai browser Mozilla Firefox (http://www.getfirefox.com)
2. Install IDM ( http://www.internetdownloadmanager.com/ )
(Sila pastikan Mozilla Firefox dan IDM yang digunakan adalah versi terbaru sehinga plugin IDM dapat berfungsi dengan mozilla firefox.)
3. Buka web browser mozilla firefox.
4. Copy paste link youtube video di kotak pengisian url. (web address)
5. Sila tunggu beberapa saat hingga halaman web full loading.
6. Lihat sudut kanan atas layar video ada tulisan "Download this video" tinggal klik tulisan tersebut.
7. Proses download automatik akan diselanggarkan oleh IDM
8. Tunggu beberapa saat hingga proses download selesai.
hasil download akan berbentuk file flv format.


Cara Keempat:
Download melalui web http://www.dvdvideosoft.com/


Cara Kelima:
Download software di :
http://www.freedownloadmanager.org/

Formatnya *.flv

FLV (Flash Video) player, boleh didownload di :
http://www.applian.com/flvplayer/download_flv_player.php


Cara Keenam:
Download melalui site http://wap.cupish.com


Cara Ketujuh:
Download melalui: http://www.feelingtea.com

Cara Kelapan:
Download via: http://www.savevideodownload.com/download.php

Al-Quran recital online.

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations