Skip to main content

Posts

Selawat.

Recent posts

Kisah Batu Kecil

Kalau tanya pada sehelai daun pun, dia akan mengatakan ingin masuk kesyurga Allah swt. itu daun, bagaimana dengan manusia? terutama umat islam..kita juga, walaupun siangnya bekerja, tak ingat kat mana sejadah dan malamnya berkiblatkan keseronokkan duniawi semata. Lalu mampukah akhirnya kita mendapatkan syurga yang kita minta? Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.

Sabda Rasulullah mengatakan :

"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh …

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.





Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H

MENGUMPAT

Kadang kala kita terleka. Kadang kala kita alpa. Kadang kala kita lalai. Kadang kala kita lupa. Dalam mengeluarkan artikel dalam blog ini ataupun memberikan komen kepada komentar yang lain, kita tidak menyedari yang kita membuka aib orang lain. Kita tidak sedar yang kita menjaja keburukan orang lain. Dalam erti kata yang sebenar, kita mengumpat satu perbuatan yang cukup besar dosanya.

Mulut kita umpama api membakar orang lain dengan kata-kata kita. Kita mengundang pula dosa yang lain.

Mengumpat ialah perbuatan menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda baginda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang y…