Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H

Doa Akhir Tahun Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”. Doa Awal Tahun Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H

MENGUMPAT

Kadang kala kita terleka. Kadang kala kita alpa. Kadang kala kita lalai. Kadang kala kita lupa. Dalam mengeluarkan artikel dalam blog ini ataupun memberikan komen kepada komentar yang lain, kita tidak menyedari yang kita membuka aib orang lain. Kita tidak sedar yang kita menjaja keburukan orang lain. Dalam erti kata yang sebenar, kita mengumpat satu perbuatan yang cukup besar dosanya. Mulut kita umpama api membakar orang lain dengan kata-kata kita. Kita mengundang pula dosa yang lain. Mengumpat ialah perbuatan menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda baginda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang

Orang yang Kuat.

Orang yang kuat ialah orang yang menahan marahnya apabila ia marah. Orang yang lemah ialah orang yang membuat kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Orang yang pandai ialah orang yang belajar dari pengalaman orang lain.

Al-Maeda - 72

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. (72) سُوۡرَةُ المَائدة لَقَدۡ ڪَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ مَرۡيَمَ‌ۖ وَقَالَ ٱلۡمَسِيحُ يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ رَبِّى وَرَبَّڪُمۡ‌ۖ إِنَّهُ ۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَٮٰهُ ٱلنَّارُ‌ۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ۬ (٧٢

Mencuci hati.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X. 5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Janga

Masjidil Aqsa

Masjid kedua tertua dan ketiga tersuci di dunia adalah Masjidil Aqsa (Masjid Al-Aqsa). Masjid itu dibangunkan di atas lokasi Kenisah Sulaiman atau Haykal Sulaiman dan termasuk di antara tiga masjid yang perlu dikunjungi oleh kaum Muslim sesuai dengan anjuran Nabi Muhammad s.a.w. Keutamaan Masjidil Aqsa ini didasarkan daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu merasa berat untuk mengadakan perjalanan ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidku ( Masjid Nabawi ) dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama dari 100,000 kali di tempat lain kecuali di Masjidil Aqsa.” ( Riwayat ad-Darimi, an- Nasa’i, dan Ahmad) Masjidil Aqsa disebut di dalam al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj (Q.17:1). Nabi s.a.w. melakukan Israk (perjalanan malam hari) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum bermikraj ke Sidratulmuntaha, sebagaimana dalam firman-Nya: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang

The al-Aqsa Mosque

The Malaysian media is totally dependent on the so-called wire services (Reuters, AP, AFP, etc) for foreign news. As a result there has been no report on the Israeli desecration of the al-Aqsa mosque and the beating up of Palestinian Muslims who wanted to pray there. I don't think the Malaysian media is deliberately blacking out news which are not in favour of Israel but if they depend solely on the wire services they would always be unfair to the victims of Israeli brutalities. We read very little about the blockade of Gaza and the sufferings of the people there. What Israel is doing is illegal, but such is the control that Israel exercises on the international media that it can actually openly commit genocide and nothing would happen to it. These are the people whom we had sympathised with because the Nazis of Germany tried to wipe out. Now they are the ones doing the very thing they, or their forebears had suffered from in the past. Source from http://chedet.co.cc/chedetblog/

Simpan Video dari YouTube ke hdisk.

Cara Pertama 1) Buka C:\Documents and Settings\UserName \Local Settings\Temporary Internet Files\ Nota: kalau folder tersebut tidak kelihatan, file sedang hidden. Unhiddekan balik: Buka Explorer -> Tools -> Folder Option -> View -> pilih "Show hidden files or folder". 2) Cari temporary file hasil streaming. Walaupun nama file menggunakan code2 yang mengong, kita biasa lihat dari: - extension file: .flv (tetapi tak semua hasil streaming ada extension .flv - ukurannya (biasanya gede, 5-15 MB) - link dari mana file tersebut didapati (mengandungi nama YOUTUBE) 3) Copy/Salin file tersebut ke folder lain. 4) Untuk file2 yang belum ada extension, rename dan tambah extension ".flv". 5) Buka file tersebut dgn free flv player, misalnya RivaFLVplayer (http://www.rivavx.com/index.php?downloads&L=3) 6) File flv juga boleh diconvert ke mpeg, avi; misalnya dgn RivaFLVencoder (http://www.rivavx.com/index.php?downloads&L=3) Cara Kedua 1. Buka http://www.keepvid.c

Isyrak Mikraj.

Pada 27hb Rejab berlaku-lah peristiwa Isyrak Mikraj, yaaitu peristiwa Nabi Muhammad SAW. dibawa ke Palestin, dan kemudian diangkat kelangit untuk mendapat perentah solat sebanyak 50 kali sehari, tetapi akhirnya dikurangkan kepada 5 kali sahaja. Maka marilah kita memperbanyak-kan amalan agar kehangatan bulan yang penuh keberkatan yang bakal menjelma akan dirasai begitu istimewa sekali. Rasa-lah ia umpama tahun ini adalah tahun terakhir bagi diri kita...Amin..

When you are down.

When you are down and in trouble, seek help from Allah through solat (prayer) and sabar (patience). There are people who chose to be angry when misfortune fell upon them. The Prophet Muhammad SAW. said "be angry and be sined, and the misdeed will continue. Be patience and be rewarded even though the misdeed does not end". A strong person is one who control his anger when he is angry. A weak person is one who does the same mistake again and again and again. Waallahu aalam.

Salam.

Welcome to my blog.