Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H

Doa Akhir Tahun Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”. Doa Awal Tahun Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H

MENGUMPAT

Kadang kala kita terleka. Kadang kala kita alpa. Kadang kala kita lalai. Kadang kala kita lupa. Dalam mengeluarkan artikel dalam blog ini ataupun memberikan komen kepada komentar yang lain, kita tidak menyedari yang kita membuka aib orang lain. Kita tidak sedar yang kita menjaja keburukan orang lain. Dalam erti kata yang sebenar, kita mengumpat satu perbuatan yang cukup besar dosanya. Mulut kita umpama api membakar orang lain dengan kata-kata kita. Kita mengundang pula dosa yang lain. Mengumpat ialah perbuatan menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda baginda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang...